20 Peristiwa Penting di Bulan Muharram

Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan

20 Peristiwa Penting di Bulan Muharram
antara
Peringatan 1 Muharram

SERAMBIUMMAH.COM - Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (QS. Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Antara Peristiwa-Peristiwa Penting Islam Di Bulan Muharram:

1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.  

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

    1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
    2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
    3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
    4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
    5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
    6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
    7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
    8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
    9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
    10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
    11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
    12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
    13. Hari pertama Allah menciptakan alam
    14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
    15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
    16. Allah menjadikan ‘Arasy
    17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
    18. Allah menjadikan alam
    19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
    20. Nabi Isa diangkat ke langit.(musnews)

Editor: Didik Trio
Ikuti kami di
KOMENTAR

BERITA TERKINI

berita POPULER

© 2018 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved